Disember Berakhir, Selamat Tinggal 2011

Berakhirnya bulan Disember, maka berkahirlah satu-satu tahun tersebut. Begitulah kitaran pusingannya. Malah kini, tahun 2011 juga bakal berakhir seperti tahun-tahun berikutnya. Namun dengan kisah dan cerita yang berbeza walaupun alur yang sama.

Tahun yang pelbagai suka duka yang aku dan tentunya kalian juga harunginya dengan penuh harapan dan penuh keazaman. Sudahkah ia memadai? Harapnya sudah pasti. Namun begitu, yang baik haruslah bertambah baik dan tidak mundur ke belakang. Maju ke depan dengan Keredhaan-Nya.

Singkap kembali perjalanan hidup 2011:

* Tahun ke-2 menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan rumahtangga kekal dengan Nikmat-Nya. Semoga berkekalan dan lebih baik lagi. Amin. Malah berita yang lebih baik, cahaya perkhawinan kami bakal dilahirkan tahun hadapan.

* Menyediakan persiapan untuk menyambut tibanya putera/puteri pertama kami. Sungguh mengujakan.

* Tahun ke-3 memberi perkhimatan pada syarikat yang sama dengan tugasan-tugasan yang makin membeban. Kadang kala membuatkan aku betul-betul kesibukan dan tertekan, namun pastinya pendapatan juga turut meningkat biarpun tidaklah menggunung.

* Lahirnya laman petiirrzzz ini, mampu mengisi masa-masa terluang dengan lebih manfaat dan berguna biarpun tidak seberapa. Memberi lebih semangat untuk aku terus berfotogafi dengan peranti-peranti yang aku miliki dan telah diperbaiki serta penambah beberapa peranti seadanya.

* Menimba pengalaman sebagai jurufoto perkhawinan dan juga pertunangan. Cukup bertuah dan berterima kasih kepada mereka-mereka.

* Kehidupan lebih ceria dengan adannya haiwan peliharaan seperti Oren yang telah setahun hidup bersama dan 2 ekor hamster sebagai penambah seri.

* Tahun ke-2 menyambut Ramadhan dan beraya bersama isteri, namun kali ini di kampung halaman aku sendiri. Namun, Raya Haji aku beraya di kampung isteri.

Malah terdapat beberapa perkara lain yang tidak perlu untuk aku zahirkanya di sini. Mungkin tahun ini langkah pertama untuk sesuatu perkara dan langkah yang baik atau sebaliknya untuk perkara lainnya. Tapi, hanya satu yang di mohon. Keredhaan-Nya dan bertambah baik dimasa hadapan.

“SELAMAT TINGGAL 2011”

—JUMPA TAHUN DEPAN YE SEMUA —

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s