Hadiah Untuk Oren

Lebih kurang 2 minggu sudah pun berlalu semperna ulang tahun hari bertemu atau lebih mudah sebagai birthday Oren. Malah, agak lama untuk aku menggambil masa bagi menghasilkan entri ini. Memandangkan rangkaian P1 kurang stabil beberapa minggu lepas, ekoran aku mengalih tempat letaknya modem P1 (entri sebelum ini).

Selain itu, entri ini yang pertama kali bagi aku memproses gambar menggunakan perisian Photoscape. Boleh dikatakan sebagai percubaan pertama. Hehhh.   

Inilah hadiah untuk Oren pada tahun pertama ni. Tempat makanan yang boleh turun sendiri. Mudah kiranya Oren mahu makan pada bila-bila masa dia suka. Tidak perlu lagi tiap kali masa makan kena tolong tuangkan.

Hadiahnya yang masih dalam plastik lagi ketika itu, tapi Oren dah mula hidu-hidu dan seperti selidiknya. Seakan-akan tahu saja itu hadiah untuknya, dan memang ketara sangat caranya seperti tidak sabar-sabar lagi. Malah, sanggup tunggu aku membasuhnya di bilik air sebelum boleh digunakan. Aku tidak pasti itu kebetulan atau sememangnya Oren mengerti.

Walaupun adanya tempat makan ini, adakalanya kami masih lagi perlu temannya makan kerana itu dah menjadi tabiatnya. Biarpun begitu, kami gembira tengok dia sudah makin berisi.

nota : entri ni dikarang sambil menonton wayang Astro First cerita RA.ONE. Hehh… Kalau wayang betul, memang tak dapat lakan?

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Aneka, Fotografi, Haiwan/Serangga. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s