Jika Rezeki – Tetap Rezeki

16 Disember 20011, beberapa hari lepas. Termenterainya sebuah perjanjian dengan upacara menandatagani dokumen-dokumen berkaitan yang mana bertempat di Jalan Beserah, Kuantan.

Sesi tandatangan aku dan isteri

***

Hehee… macam serius je ayatkan. Tapi aku nak cuba penulisan yang santai pula. Kalau jadi  korang klik “like” dan kalau tidak menjadi, korang klik “like” juga. heee….

Khamis – nya, my father dah call. Sepatah je cakapnya. “Dah lulus dah”. Kakakaa…. Tergelak aku dibuatnya, terkejut dan tidak menyangka langsung pinjaman yang dibuat atas nama kami (aku & isteri) cepat benar lulusnya. Pasti, itulah rezeki – Nya. Terus aku balas dengan gelak yang tersisa, “tu berkat tak menipu”. Giliran dia pula yang tergelak.

Keesokanya, jam 10.00 pagi kami (isteri dan keluarganya) dah gerak ke Kuantan dan tiba dalam jam 1.00 tengah hari. Sepanjang perjalanan hujan tak henti-henti, sampaikan ada kalanya memang tak nampak jalan. Merayap kejap, harapkan lampu belakang kereta depan je.

Lagi menyedihkan. Laluan pula, cukup menyiksakan. Lubang sana sini yang dipenuhi air, terdapat sekatan untuk baik pulih laluan, serta lori-lori yang sarat dengan muatan tu tak perlu dipertikaikan lagi. Harap laluan yang telah dibaiki tersebut mampu bertahan cukup lama dan bukannya tamat sahaja musim hujan, laluan juga turut kembali pada asal.

Mazda Fighter

Untuk inilah yang banyak-banyak dokumen kena tandatangan tu. Oleh disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, tidak dapat untuk aku snap-snap lebih piture. Ini pun dari jauh-jauh je, risau juga kalau-kalau a33 aku ni termasuk air. nangis beb.

Apa-apa pun, aku harap my father berpuas hatilah dengan kereta barunya. Sesekali boleh pinjam tak? hehehe

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Aneka, Fotografi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s