Pengalaman Bersama P1Wimax (part 2)

Huhh…

Baru saja setengah bulan, kuota yang diberi 5Gb sebulan dah tinggal 9% saja lagi. Analisis pertama aku memang jauh meleset. Rupa-rupanya tahap penggunaan aku terhadap internet agak tinggi. hehee…

Sendiri mau ingat la kan? oleh disebabkan kelajuannya yang agak stabil, mampu untuk kami layan permainan “muka buku”, nonton drama dalam talian (Secret Garden, ni orang rumah punya kesah. Padahal drama masih ditayangkan di ch. one Hd. Adehh…), Utube tanpa sangkut-sangkut dan tunggu-tunggu seperti sebelum ini. Cukup sempurna ketika kuota masih banyak. Namun sebaliknya bila kuota dan tinggal nyawa-nyawa ikan, waluapun signalnya berwarna hijau dan tinggi mencanak. Hehh.

Analisis pada kuota 2Gb tambah nilai

Tapi, P1Wimax ni memang bijak. Disediakan pula pakej penambahan kuota untuk 2Gb yang berharga Rm10 dalam tempoh sebulan bermula hari langganan. Agak-agak kuota yang disediakan dah tinggal habuk saje, bila-bila sahaja boleh tambah nilai dan akan aktif dalam masa 15 minit. Aku baru sahaja tambah nilai, harapnya sempat la bertahan hingga pertengahan bulan Disember ni. Jenuh pula mahu tunggu kiraan bulan seterusnya.

Tidak sia-sia aku meninjau baik buruk untuk mendaftar ISP ini. Bukan sehari dua, tapi selama sebulan tu. Tetap masih ada beberapa perkara yang terlepas pandang. Contohnya seperti pertama kali mendaftar. Sebaiknya aku minta promoter dari P1Wimax datang ke rumah untuk tinjau liputan rangkaian sebelum mendaftar. Tidaklah menghabiskan masa dan terjadinya situasi seperti yang telah aku ceritakan pada entri yang lepas.

Biar apa rintangan yang telah terjadi, sehingga kini aku masih berpuas hati dengan prestasi yang dicapai. Malah berharap sangat pihak berwajib memperluaskan lagi rangkaiannya dan tidaklah seperti sekarang yang mana kedudukan modem bukan ditempat sepatutnya. Mungkin juga beberapa pengguna lain telah mengalami situasi ini.

Pada kekawan yang teringin memiliki ISP rangkaian internet, pilih dan kajilah terlebih dahulu baik dan buruknya. Ini kerana ia bergantung pada tempat tinggal dan sejauh mana tahap pengunaannya. Kaji selidik anda mampu mengelakkan penipuan dan tertipu, malah tidaklah rasa menyesal kiranya terjadi perkara sebegini.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s