Pengalaman Bersama P1Wimax

“Akhirnya. kini pasti… ku merasi…”.

Jalur lebar P1Wimax dah sebulan berlegar-legar di awangan sekitar rumah aku sejauh 20m ia berpusat. Memang cukup lama juga aku impikan untuk menikmatinya dan merasai sejauh mana iklan ‘Lagi Potong Stim’ ni memberi khidmat. Adakah yang terbaik atau setakat canang sahaja.

_ *** _

Pada 29 Oktober 2011, malam. Bersama dengan isteri ke both pemasaran ISP P1Wimax yang beroperasi di Mydin Mall, Kuala Terengganu. Seperti ‘pucuk dicita ulang mendatang’ pada promoter yang bertugas pada malam itu, menyambut kami dengan senyum dan promosinya yang panjang lebar. Aku hanya mengangguk dan senyum, sedikit sebanyak apa yang dijelaskan ada persamaan apa yang telah aku selidiki.

Tanpa berlengah, kami hanya daftar untuk Service Home Plan. Walaubagaimana pun, promoter tersebut tidak jemu sarankan kami Service One Plan yang mana 2 dalam 1. Iaitu modem di rumah dan Broadband untuk aktiviti mudah alih. Pada pendapat aku, broadband milik P1Wimax ini tidaklah meluas oleh kerana liputannya masih terhad melainkan di kawasan bandar sahaja dan ianya tidak setanding ISP broadband Celcom.

Mengikut keterangan promoter tersebut, ia akan aktif dalam tempoh 2 jam dan sebelum itu akan mendapat pengesahan melalui pesanan ringkas sms dan emel. Bak kata pepatah, penantian ini satu penyiksaan, 2 jam itu cukup lama sehinggakan terlelap dalam penantian. Sungguh seksa bukan?

Selang 3 hari kemudian….

Sambungan internet masih tidak dapat digunakan, signal hanya kelip-kelip warna merah sahaja. Rasa geram makin memuncak. Aku ambil keputusan ke pejabat yang menguruskan perkhidmatan P1Wimax ini. Kami disambut dengan baik dan setelah disemak secara mendalam melalui kod pada modem, rupanya rangkaian kami miliki telah dinyahaktifkan. Malah telah didaftarkan pada nama pemilik lain. Sungguh kecewa, kenapa perkara begini boleh terjadi. Menipu ke? atau modem curi?

Kami kembali pada promoter yang kami daftar dan minta tukar yang baru atas saranan pekerja pejabat pengurusan P1Wimax di sini. Agak lama disitu, mereka membuat penyemakan kali kedua. Akhirnya mereka pasti dan menukarkannya dengan set modem baru.

Dari pandangan aku, mungkin kesilapan ini 1 dalam 1000. Tiada siapa dapat menjangkakannya. Mungkin juga bukan silap promoter tersebut, malah mereka bersungguh untuk membantu. Jawapan kenapa boleh terjadi begini? tiada apa yang dapat disimpulkan.

2 jam setelah penukaran modem baru, kami ada terima sms menyatakan talian kami telah diaktifkan. Sungguh teruja. Tunggu apa lagi, terus online. Boleh tahan juga lajunya, almaklumlah masih baru. Tapi masih kecewa kerana signal masih merah dan selalu putus-putus. 1 rumah aku pusing cari signal, hanya kecewa datang bertamu. Keesokannya, sekali lagi aku panggil promoter tersebut untuk membantu mendapatkan signal hijau yang terbaik.

Pada malamnya, seperti yang dijanjikan,. Mereka datang membantu mencari signal hingga lewat malam. Bila difikirkan, kesian juga meraka. Tapi apa boleh buat, itu tugas mereka mempastikan pelanggan mendapat perkhimatan yang terbaik. Seluruh rumah mereka pusing, namun masih signal yang rendah. Satu perkara yang menjelikkan. Sedangkan kawasan taman ini kebanyakan mengunakan khidmat ISP ini juga. Kecewa lagi.. dan mereka mencadangkan supaya tutup akaun sebelum 7 hari percubaan. Tiada rezeki agaknya.

Setelah itu, aku mencuba untuk kali terakhir sebelum menamatkannya. Posisi yang tidak difikirkan dan diluar imaginasi aku. Harap-harap mendapat signal yang memuaskan. Bersusah payah akhirnya, apa yang diharapkan menjadi kenyataan. tapi itu lah dia realitinya, tempat yang diluar dugaan. Apa boleh buat.

Sehingga Hari ini, genapnya sebulan. Tempatnya masih disitu, mungkin untuk selamanya atau pun berakhirnya setahun dalam tempoh kontrak sewa modem. Apa kisahnya di hari mendatang, baik atau buruk akan aku terbitkan mengenainya.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

One Response to Pengalaman Bersama P1Wimax

  1. Pingback: Hadiah Untuk Oren | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s