Aplikasi : eBuddy Mobile

Sebuah aplikasi pesanan jaringan yang telah sekian lama bertapak disaluran rangkaian sosial sekitar 2003 (dari carian yang ditemui, mungkin lebih dari itu), yang mana berasaskan web untuk pengguna pc dan juga mobile untuk pengguna yang inginkan kemudahan bergerak.

Aplikasi percuma ini yang boleh didapati di Kedai Nokia (Nokia Store) untuk pengguna Symbian amat menarik minat aku untuk terus menggunakannya disaat pertama kali memasangnya pada June 2011 sehinggalah ke hari ini. Apa yang bagus sangat?

1. Mestilah kerana ianya percuma. Untuk peranti selain dari symbian, aku tidak pasti adakah ia percuma ataupun berbayar. Turut menampung sistem IOS dan juga Android.

2. Menampung kebanyakan rangkaian sosial yang terkini seperti MSN, Yahoo, AIM, Gtalk, Facebook, ICQ dan MySpace.

3. Mampu menambah kesemua akaun yang anda ada mengikut rangkaian yang dinyatakan diatas setelah anda mendaftar ID eBuddy secara percuma.

4. Kesemua akaun anda aktif serentak setelah masuk ke laman eBuddy. Namun hanya mampu berkomunikasi seramai 5 rakan dalam satu-satu masa walaupun berlainan akaun.

5. Seperti rangkaian sosial lain, ia juga berupaya untuk sembang berkumpulan, hantar simbol perasaan dan juga tulisan segera. Malah mampu menukar avatar anda melalui kamera peranti anda.

6. Membenarkan lihat profile rakan anda secara ringkas walau dari mana-mana akaun.

Macam mana? Hebat bukan. Tidak perlu risau biarpun anda mempunyai 10 akuan sosial sekalipun kerana ia mampu digunakan serentak dengan daftarnya eBuddy. Mari lihat rakaman skrin yang aku sediakan.

Kiri : Animasi sebelum anda daftar masuk ID eBuddy anda.

Kanan : Hanya perlu masukkan ID eBuddy dan Katalaluan pada yang telah mendaftar.   Namun untuk  seterusnya, hanya perlu tekan DAFTAR MASUK. Ini kerana anda telah dikenalpasti.

Kiri : Untuk yang belum daftar, anda perlu tekan MENU dan pilih barisan 1. BUAT ID eBuddy.

Kanan : Semua akaun Pesanan Rangkaian anda akan aktif dalam 1 masa nyata dan walaupun begitu, ia hanya berupaya berkomunikasi dengan 5 rakan  lain dalam satu-satu masa.

Kiri : Antara beberapa pilihan lain yang ada pada senarai MENU mengikut bahagian.

Kanan :  Untuk senarai SETTING pula  anda boleh  kumpulkan rakan anda mengikut DALAM/LUAR TALIAN, KUMPULAN & AKAUN.  Malah beberapa tetapan lain.

Walaubagaimanapun, antaramukanya agak membosankan. Tiada kemaskini yang terbaru untuk pengguna Symbian ^1 setakat ini. (Mungkin juga telah dikemas kini di Kedai Nokia, Namun aku belum kemas kini kerana aplikasi masih beroperasi dengan baik). Versi yang aku gunakan ini pun yang dikeluarkan pada 2007 – 2009. Untuk maklumat yang lebih mendalam, anda boleh ke laman eBuddy di http://www.ebuddy.com

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

2 Responses to Aplikasi : eBuddy Mobile

  1. Nurul Izati Mohamad berkata:

    Walaupon aku agak blur lagi.. but thanks..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s