Am : Bila Buka Pelayar Web

Bila buka pelayar web. Tidak kira apa pelayar web yang korang pakai, Google Chrome ke, Mozilla firefox ke, Safari ke, Internet explorer ke (dah lama aku tidak guna pelayar ni), Opera ke, asalkan ianya pelayar web untuk akses carian korang. Laman mana yang memang selalu sangat korang lawati? tentu banyak laman-laman yang diminati dan korang dah ‘bookmark’ untuk senang dilawati.

Bagi aku, ada beberapa laman yang memang kerap sangat aku lawati. kalau sehari tidak dibuka, memang tidak sah la aku buka pelayar web ni. Kekadang bila masa terluang, 2 kali sehari pun aku lawati untuk lihat apa yang terbaru dan menarik sebagai infomasi. Namun terdapat juga laman yang aku minati namun tidaklah hari-hari bertandang.

Antara laman yang memang acap kali aku lawati dan mesti semestinya aku bukak :

1. http://www.facebook.com – hahaa…. yang ni memang wajib dibuka dulu. kalau tidak dibuka memang tidak sah lah. kerja lain pun ‘confrim’ tak jalan. Kenapa? macam korang juga, tengok apa perkembangan terbaru pasal kawan-kawan. Walaupun aku tidak lah komen berjela-jela, sekadar jenguk di tingkap je. Terdapat gambar-gambar yang menarik komen la sepatah dua atau pun ‘klik like’. Terdapat masa yang betul-betul terluang setelah selesai perkara lain baru lah ‘upload’ gambar atau share ape-ape yang rasa menarik.

2. http://www.amanz.my – Laman ni pun wajib aku lawati dalam sehari. Paling kurang sekali sehari dan paling kerap 2 kali sehari. Rapatkan diri ke dunia Infomasi Komputer dan Teknologi Semasa. Laman ni memang cukup bagus pada yang minat komputer dan teknologi, banyak berita-berita yang terkini dan menarik.

3. http://www.arenakereta.com – Laman ini pula aku lawati sekali sehari. Sebelum menjalankan kerja-kerja lain. hehehe. Tengok-tengok berita permotoran yang berlangsung dinegara kita ni. Bukan baca sangat pun, sekadar baca tajuk dan tengok-tengok gambar. Entri yang cukup menarik baru ambil perhatian untuk dibaca.

4. http://www.mudah.my – Laman ni acap kali juga aku lawati dalam sehari. Sekadar menjenguk harga untuk perbandingan dan tidak pernah lagi setakat ini membeli barang-barang yang diiklankan.

5. http://www.petiirrzzz.wordpress.com – Heheee….. macam kenal je. semestinya akan aku lawati laman ni sebab dah sememangnya aku punya kan. Sekadar untuk lihat carta kemasukan tetamu. Malah secara tak langsung aku akan ke entri-entri terbaru di wordpress.com dari mana-mana laman secara rawak.

6. http://www.yahoomail.com – Sekarang ni memang dah jarang layan yahoo. Mungkin kemasyurannya dah berkurangan. Tapi masih juga digunakan kerana kadang – kadang terima mail pasal kerja. Untuk buka hari – hari tu dah agak mustahil, mungkin dalam seminggu 2-3 kali. Paling kurang pun buka bila terima mail yang perlu ‘download’ isi-isi yang dilampirkan bersama. Jika sekadar mail biasa aku hanya baca dari fon yang disegerakkan.

7. http://www.symbianku.com – Laman ini juga cukup menarik buat aku untuk mendapat maklumat terkini mengenai dunia Symbian iaitu OS untuk kebanyakan telefon dari jenama mudah alih Nokia. Namun tidak hari-hari untuk aku lawati, cukup lah bila masa yang terluang. Walaupun terdapat laman lain yang aku lawati, namun hanya laman ini yang pernah beberapa kali meninggalkan komen bertujuan bertanya dan meninggalkan pendapat yang tidak seberapa.

8. http://www.ahadimohd.com – Aku cuba menceburi dunia fotografi dan menjadikan laman ini salah satu laman yang kerap juga untuk aku lawati (biarpun bukan setiap hari) bagi mendapatkan tips dan teknikal yang tepat untuk mendapatkan gambar yang menarik.

9. http://www.exploreterengganu.blogspot.com – Sebagai penduduk di negeri Terengganu, aku jadikan laman ini salah satu tempat untuk mendapatkan cerita-cerita, maklumat semasa dan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Bila dah agak lama tidak berkunjung dan punya masa terluang. tentu aku akan menjenguk cerita terkini. Namun aku jadikan gambar-gambar yang menari sebagai panduan diri aku ketika berfotografi. Dulunya terdapat satu laman milik tuan yang sama, http://www.tolahah.com. Namun rasanya amat lama tidak aktif dengan entri yang terbaru sebagai tempat rujukan fotografi.

Biarpun hanya sembilan, masih terdapat beberapa laman – laman lain yang aku lawati seperti Berita Harian Metro Online – untuk berita dan maklumat, Digitalmukmin – sebagai rujukan gambar-gambar yang menarik, dan beberapa lagi.

Laman – laman ini aku hanya kenali dari Google sahaja yang mana langsung tidak kenali secara peribadi. Malah laman-laman mereka ini sebagai rujukan untuk aku menaik taraf laman aku ini dan mendapat maklumat berguna dari masa ke semasa. Terima Kasih kepada mereka walaupun tidak langsung.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

One Response to Am : Bila Buka Pelayar Web

  1. I’m really enjoying the theme/design of your site.

    Do you ever run into any web browser compatibility issues?
    A small number of my blog visitors have complained about my blog not operating correctly
    in Explorer but looks great in Safari. Do you have
    any tips to help fix this issue?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s