Haiwan : Takdir Hidupmu Bertemu Kami


Masih tergiang-ngiang kedengaran ‘ngiauan’ sikecil yang sayu, bermain-main dihujung kaki sambil mendongak ke atas dengan wajah pilu. Badannya yang kecil montel dibasahi titik-titik hujan yang renyai ketika itu menambahkan lagi pilu hati.

Ngiauannya tidak berhenti biarpun didokong ditelapak tangan. Pastinya lapar menghantui sikecil ini. Dengan hidung yang comot, ngiauannya bagaikan meminta belas ehsan memberinya secubit makanan bagi mengisi kelaparannya. Terfikir, mampukah sikecil ini meneruskan hidup sendirian di jalanan? atau ajal bakal menjengah  dari dibawah tayar-tayar kereta yang lalu lalang.

PELUKAN : mungkin sebagai ucapan terima kasih.

Begitulah situasinya pertama kali kami jumpa Oren pada tahun lalu sekitar bulan Disember. Sedar atau pun tidak, sudah hampir setahun berlalu dan sudah hampir setahun juga kami bermanja dan menjaga seekor kucing jalanan yang mungkin tidak bertuan. Telatahnya yang dulu berlari ke sana sini di halaman tamu, mencakar pada sofa dan tilam, menggigit tangan-tangan yang menganggunya. Cukup menghiburkan.

***klik pada gambar untuk paparan lebih jelas***

Namun sikapnya kini yang agak dingin membuatkan aku terfikir. Apa sebabnya? Kerap kali keluar rumah hingga lewat pagi hinggakan selera makannya terjejas, suka termenung dan tidur keletihan. Malah seluruh badannya yang kurus dipenuhi kesan-kesan cakar ekoran acapkali bergelut dengan pencabar lain. Mungkin itu sifat semulajadinya, antara tanda peningkatan usia keremajaannya.

Saat dia merebahkan badan ke lantai bila diagah cukup menghiburkan dengan gaya malasnya yang manja. Cara yang biasa dilakukan sebelum didokong seperti anak kecil. Sikapnya yang suka termenung semenjak dua ini memberi peluang untuk aku merakam saat indah itu. Belokasikan di atas lantai tingkap sambil menjengah keluar melihat-lihat temannya yang mungkin datang bertamu.

Biarlah dengan cara hidupnya, asalkan sentiasa bersama dan menghiburkan kami. Mengharapkan dipagi hari esok masih tidur melingkup atas sudut sofa dan kepalanya dirapatkan kepenyandar sofa dihadapan mata kami. Kami hanya menciumnya dengan senyuman sambil berkata, “Oren sibudak bucuk berbulu”.

p/s: Amacam ayat untuk entri kali ni, ada bakat jadi penulis majalah tak? hehee… Pape pun, dipersilakan mencorak coret pendapat korang kat ruang di bawah ni yee…

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Haiwan/Serangga. Bookmark the permalink.

3 Responses to Haiwan : Takdir Hidupmu Bertemu Kami

  1. Sya Mohd berkata:

    ayat….jiwang 2….huhuhu…oren yg bertuah….

  2. Nurul Izati Mohamad berkata:

    bertuah2.. tp aku x suka kucing.. huhuhu..

  3. Petiirrzzz berkata:

    Bulan ni birthday Oren.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s