Aplikasi : Nokia Store, Tidak Lagi Ovi Store

Seperti semua sedia maklum (untuk pengguna setia Nokia), kini ‘Ovi Store’ telah dijenamakan semula kepada ‘Nokia Store’ dan Malaynya disebut Kedai Nokia. Malah beberapa perkara turut diperbaharui, bukan pada nama sahaja. Antara beberapa perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar setelah dikemas kini untuk peranti Symbian ^1 adalah seperti berikut :

1. Icon pada paparan menu dan icon pembukaan aplikasi yang turut di perbaharui dan kelihatan menarik. Rekabentuk iconnya sama seperti icon kedai (store) pada peranti berlandaskan ‘OS’ Symbian Belle, iaitu sistem operasi Symbian yang terbaru kini. (Untuk lebih menarik, muat turun tema Symbian Belle di ‘Nokia Store’ secara percuma untuk peranti Nokia Symbian ^1 anda)

2. Tema penggunaan warna juga turut berubah kepada latar yang dulu berwarna hijau kini telah bertukar pada warna biru. Lebih terang dan segar.

3. Daftar masuk yang dipermudahkan. Hanya tekan dan terus akses, namun agak leceh kerana perlu daftar masuk setiap kali menggunakan aplikasi ‘store’. Tidak seperti ‘Ovi Store’ yang mana hanya perlu daftar sekali dan tidak perlu lagi daftar masuk untuk kali kedua dan seterusnya. Itu lebih mudah bukan.

Walaupun begitu, terdapat keistimewaannya yang lain. Sekiranya anda mempunya akaun kedua, dan silih berganti menggunakanya. Ia boleh dicapai dengan mudah, tidak perlu ke pilihan untuk daftar keluar akaun pertama kemudian daftar masuk untuk akaun kedua. Kesambungan daftar telah disediakan di paparan utama.

4. Aplikasi saluran yang ditambah pilihan. Contohnya seperti Nokia Malaysia recommends dan juga beberapa yang lain. Lebih teliti dan terperinci. Memudahkan pilihan pengguna.

Kemaskini tidak sesukar mana, yang mana memerlukan aplikasi lain untuk menguruskannya. Ianya akan disarankan setelah anda membuka aplikasi Kedai (Store), dan anda hanya perlu pilih kemaskini untuk memperbaharuinya. Sekiranya tidak berminat, Pilih TIDAK untuk mengabaikannya. Tidak perlu sebarang penyambungan pada komputer. Mudah, Senang dan Cepat. (cepat tu bergantung pada line internet, hehee)

P/s: Entri ini adalah mengikut pandangan peribadi, bukannya berdasarkan mana-mana pendapat ataupun maklumat pihak ketiga. Jika ada yang salah, nyatakan diruangan yang disediakan dan maklumat anda cukup membantu. huhu

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

3 Responses to Aplikasi : Nokia Store, Tidak Lagi Ovi Store

  1. abuyakuza berkata:

    saya orang baru.tolong saya

  2. mohd sany berkata:

    kenapa nokia ovi tak teratur? nama petiirrzzz tp mintak kategori sosial tp keluar game.mcm cibai.nokia ovi lg ok la.

    • Petiirrzzz berkata:

      Agak sukar untuk memahami soalan anda. Saya sendiri sekian lama tidak aktif menggunakan store. Mungkin pendapat peribadi saya ni, sedikit sebanyak menjawab persoalan anda.

      Nokia Store bukan lagi dibawah pengelolaan Nokia dan nama Nokia sendiri tidak lagi aktif dalam arena ini sejak diambilalih oleh Microsoft. Anda sendiri pasti tahu hal itu. Malah, Symbian telah sekian lama berkubur.

      Nokia Store telah dialihkan ke Opera Mobile Store bagi meneruskan khidmat pada pengguna setia Symbian, namun ianya tidak rasmi dan tidak sehebat App Store mahupun Play Store. Mungkin ini caranya untuk menghapuskan pengguna Symbian secara berperingkat dan beransur-ansur.

      Walau apa pun, ini cukup mengecewakan pengguna setia Symbian seperti anda dan saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s