Kemaskini Perisian Kamera Sony a33 versi 2.00

Berita baik kepada pengguna Sony A33 dan A55, anda sudah dihidangkan dengan versi perisian 2.00 terbaru dari pihak sony. Berikutan keluarnya satu lagi SLT yang menggantikan generasi pertama A33 iaitu A35. Beberapa kelebihan diperolehi dari versi terbaru ini. Namun apa yang lebih mengujakan adalah memiliki sebelas fungsi Kesan Gambar (picture effect) berbanding kelebihan yang lain.

Sebelas kesan gambar dari versi 2.00:

1) Pemposteran (posterization) – Warna

Mencipta pandangan abstrak dan berkontras tinggi dengan sangat menegaskan warna primer.

2) Pemposteran (posterization) – Hitam + Putih

Mencipta pandangan abstrak dan berkontras tinggi dalam hitam dan putih.

3) Warna Pop

Mencipta pandangan yang terang dengan menekankan tona warna.

4) Foto Retro

Mencipta pandangan gambar kelihatan lama dengan tona warna sephia dan kontras luntur.

5) Separa (partial) Warna – Merah

Mencipta imej yang megekalkan warna merah, tapi menukarkan yang lain ke hitam dan putih.

6) Separa (partial) Warna – Hijau

Mencipta imej yang megekalkan warna hijau, tapi menukarkan yang lain ke hitam dan putih.

7) Separa (partial) Warna – Biru

Mencipta imej yang megekalkan warna biru, tapi menukarkan yang lain ke hitam dan putih.

8) Separa (partial) Warna – Kuning

Mencipta imej yang megekalkan warna kuning, tapi menukarkan yang lain ke hitam dan putih.

9) High Key

Mencipta pandangan gambar lama dengan warna lembut dan kontras yang dikurangkan.

10) Kontras Tinggi Monokrom

Mencipta imej berkontras tinggi dalam hitam dan putih.

11) Kamera Mainan (toy camera)

Mencipta pandangan seakan gambar kamera mainan dengan pepenjuru yang digelapkan dan warna ketara.

Fungsi kesan ini boleh digunakan pada mode Scene dengan memutarkan tombol mod dial kamera. Sehingga itu, selamat menaiktaraf kamera, kretiviti dan mutu semangat berfotografi anda.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Fotografi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s