Tutorial : Kehilangan Kredit Diluar Pengetahuan

Masih ramai pengguna internet mobile susah hati dengan kehilangan kredit diluar pengetahuan meraka. Itu bagi mereka yang menggunakan ‘prepaid’, bagaimana pula dengan pengguna ‘postpaid’? Tentu mereka terkejut beruk setelah bill bulanan melambung diluar jangkaan, beribu riban. Siapa mahu bayar? Mahu atau tidak, tetap kena jelaskan. Ini selalunya terjadi kepada pengguna baru yang berjinak-jinak dengan internet mobile, begitu juga aku dahulunya. Kepada pengguna ‘prepaid’ agak selamat dengan risiko tidak terlalu tinggi.

Tapi bagaimana ini boleh terjadi? Tentulah disebabkan melayari internet seperti Facebook, YouTube dan pelbagai aplikasi internet lain. ” tapi, aku gunakan wifi “. Inilah kata mereka. Tapi lagi, betul ke anda gunakan rangkaian wifi? Sudahkah anda jalankan tetapan (setting) pada peranti anda sebetulnya atau hanya menggunakan sepenuhnya tanpa mengambil tahu sistem-sistem yang berjalan dibelakang takbir. Mungkin ini anda pengguna baru tidak tahu.

Disini aku kongsikan pengetahuan yang ada untuk mengelak rakan-rakan yang lain menghadapi situasi yang sama. Namun totorial ini adalah berdasarkan peranti yang aku gunakan, mungkin langkahnya sedikit berbeza. Walaubagaimana pun titik asas masih sama.

Pergi pada Menu telefon dan pilih Settings

Pada laman settings pilih Connectivity

setelah anda memasuki laman connectivity, anda hendaklah pilih Options

Akan dipapakan popup, pilih Default connection

dalamnya terdapat 3 pilihan, haruslah pilih Internet.

Kemungkinan besar, sememangnya mobile anda telah ditetapkan pada pilihan internet. Tindakan ini adalah untuk lebih kepastian. Langkah seterusnya ini hendaklah dititik beratkan.

Kembali pada laman connectivity. Pilih Destinations

Pada laman ini, pilih Internet sama seperti pilihan anda pada Default connection sebentar tadi

Pastikan, adakah mempunyai 3 paket data seperti ini

Internet Prepaid, Internet Postpaid & 3G Internet. Samada depannya Celcom, Maxis, Digi mahupun apa-apa jenis pusat rangkaian, Delete sahaja ketiga-tiganya, mahu pun terdapat yang lain. Tidak tercatat disini. Tinggalkan sambungan data wifi sahaja. (jangan risau, boleh dikembalikan)

Padam terus, tanpa rasa ragu-ragu

Setelah itu, mari kita cuba untuk akses internet. Aku cuba akses Fb Touch, yang mana akan menggunakan aplikasi pelayar web sediada.

Fb Touch, menggunakan aplikasi pelayar web sediada Nokia

Rangkain internet akan di paparkan beserta nama wifi yang boleh anda sambungkan. Ini jika terdapat sambungan wifi yang telah dikenal pasti dan sahih ‘password’nya. Jika tidak, anda boleh pergi pada Search for WLAN.

Ia berjalan sebaiknya. Tapi betul ke dah sambung wifi ni? hehee… Lihat kotak kecil, biru – kuning – merah dan tertulis WLAN pada penjuru atas gambar. Itulah buktinya jika anda menggunakan aplikasi sepeti NetQin Mobile Guard atau sealiran dengannya.

Setidaknya anda boleh ke laman connectivity dan pilih Connection Menager. Anda boleh kenal pasti sambungan yang digunakan.

Langkah yang lebih selamat, pastikan mobile anda selalu terkunci untuk memastikan tidak tersalah tekan ketika mobile anda berada dalam poket. Lebih lagi mobile yang menggunakan skreen sentuh.

Aku berharap, tutorial ini membantu para pengguna baru untuk menggunakan internet mobile tanpa rasa ragu-ragu. Malah berkesan mengelak kehilangan kredit dan bill yang melambung setiap bulan. Untuk mendapatkan kembali sambungan yang telah dipadam dalam tutorial ini, aku akan terbitkan tutorial lain di masa akan datang.

Selamat mencuba. Jika masih tidak faham, dipersilakan untuk bertanya pada tempat yang disediakan.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile, Tutorial. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s