Permainan : Fenomena ‘Angry Birds’ – kini di tangan anda

Siapa yang tidak kenal dengan permainan yang mengasikkan ini. Bukan itu saja, turut membuatkan rasa tercabar bila digelak sakan oleh khinzir hijau setelah gagal melepasi sesuatu tahap.

Ia cukup popular setelah peranti Apple iaitu ipad menemui peminatnya. Namun kini, bukan hanya pada peranti itu saja untuk menikmati kemasyuran permainan ini. Turut dapat dimainkan pada peranti yang berlandaskan ‘OS’ lain seperti Android dan Symbian juga.

Walaupun terdapat untuk Symbian, yang boleh didapati di Ovi Store. Ia hanya mampu dipasang dan dimainkan pada peranti yang menggunakan OS symbian 3 dan terkini sahaja. Kepada pengguna Symbian 1, tentunya anda terasa hampa tidak menjumpai permainan ini di Ovi Store. Tapi keinginan untuk merasainya cukup menggunung.

Tidak perlu hampa, kini anda boleh mendapatkannya dan pasangkannya pada peranti anda dan berkongsi bersama kenalan lain. Namun harus diingat, permainan dari pihak ketiga ini diluar jaminan pengeluar, begitu juga dengan aku. Hingga kini, aplikasi permainan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah ketika memainkannya.

Permainan versi ini agak berlainan dengan pemainan yang dimainkan pada peranti Apple. Lebih senang untuk menang dan tidaklah terlalu tertekan untuk ke peringkat seterusnya. Jika mengikut pendapat aku, versi ini lebih kepada peranti android kerana terdapat simbol Android dalam permainan ini.

Nikmatilah keghairahannya pada peranti anda.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile, Permainan. Bookmark the permalink.

2 Responses to Permainan : Fenomena ‘Angry Birds’ – kini di tangan anda

  1. Nurul Izati Mohamad berkata:

    kalu pki phone cam aku nih leh x?? hohoho…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s