Aplikasi : Pelayar Web Opera 11.10

Kepada pengguna setia pelayar web Opera pada peranti pintar mereka, kini anda boleh menikmati versi terbaru Opera Mobile 11.10. Anda boleh mendapatkannya di laman Opera secara percuma.

Pada pandangan kasarnya, tidak ketara perbezaan dengan versi sebelumnya. Namun setelah digunakan, anda akan merasai perubahannya pada versi terbaru ini. Tidak salah rasanya jika aku katakan ianya versi penambaikan dari sebelumnya.

Setelah dipasang dan menggunakannya tidak lebih dari 24 jam setakat ini. Ingin aku kongsikan apa yang belainan dari kaca mata aku setelah menggunakannya.

Paparan antara muka ‘start page’ masih sama dengan versi sebelumnya. Tiada sebarang perubahan. Jika anda telah menggunakan versi lama dan mengantikan dengan versi terbaru ini, anda tidak perlu risau kehilangan sebarang tetapan dan penanda buku ataupun ‘save pages’. Ia tetap berada di situ sama seperti sebelumnya.

Begitu juga dengan fungsi-fungsi icon yang berada sebalik menu yang bersimbol ‘O’ berwarna merah ini. Masih dikekalkan dari sebelumnya. Jadi apa bezanya jika setakat ini masih juga sama. Mari teruskan.

1. Perhatikan gambar dibawah ini, baris ‘single column view’ adalah perkara yang di perbaharui. Bermakna anda tidak perlu lagi seret skrin anda ke kiri dan ke kanan untuk pembacaan yang selesa. Memudahkan lagi pembacaan laman dengan menggunakan sebelah tangan pada paparan portret. Juga menampung untuk paparan landskap.

2. Begitu juga dengan ‘user agent’ anda boleh tetapkan skrin anda mengikut pandangan ‘dekstop’ komputer ataupun mobile. Namun pada aku, fungsi ini telah dimiliki pada versi sebelumnya. Jika tidak salah, cuma tiada pilihan tetapan pada menu tetapannya. Itu jika aku tidak terlepas pandang. Mungkin aku silap.

3. Paparan ‘kayboard’ qwerty separuh skrin. Amat selesa jika menaip menggunakan ‘stylus’. Jika menggunakan jari, agak sukar dan selalu tersalah huruf. Ia menampung pada paparan ‘landskap’ dan ‘portret’ juga. Aku tidak pasti pada versi sebelumnya jika ‘keyboard’ separuh skrin atau pun tidak. Kerana pada aku agar sukar untuk menaip dengan jari yang tidak runcing ini.

4. Untuk pengguna laman wordpress, ia berupaya untuk melayari laman ‘admin wordpress’ seperti anda menatap ‘dekstop’ komputer. Itu jika anda menggunakan ‘OS’ dan perantai selain dari yang aku guna kini, Symbian 1 – N97. Ini kerana peranti yang aku guna kini tidak dapat menampung seperti yang dinyataka oleh laman-laman lain yang aku baca. Telah digodeh-godeh namun tidak berjaya. Masih boleh dipaparkan walaupun dengan kadar yang kurang memuaskan.

5. Apa yang lebih ketaranya, anda mampu ‘select’ mana-mana petikan yang anda ingini kemudian ‘copy & Paste’ pada mana-mana yang anda perlukan. Bukankah itu lebih menarik berbanding pelayar web sediada.

6. Selain dari ini, terdapat perkara yang tidak mampu ditunjukkan dengan gambar semata-mata. Hanya dengan kata-kata dapat meluahkanya dan merasainya sendiri. Kelancaran ‘rolling’ pada skrin cukup memuaskan tanpa sebarang sangkut-sangkut. Seret ke atas dan seret ke bawah, lancar dari sebelumnya.

Walaubagaimana pun aku tidak menetapkannya sebagai pelayar utama pada peranti. Itu kerana, tidak menampung untuk menonton youtube pada peranti. Namun sehingga kini, pelayar web sedia ada tidak setanding pelar web Opera. Lancar, laju dan lebih fungsi.

Dapatkanya segera untuk meriahkan mobiliti anda.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

One Response to Aplikasi : Pelayar Web Opera 11.10

  1. God berkata:

    I every time spent my half an hour to read this
    weblog’s content everyday along with a mug of coffee.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s