Real Farm Frenzy

Telah agak lama juga tak balik kampung sendiri. Tengok ternakan yang Bak aku pelihara makin banyak. Paling ketara banyaknya adalah itik. Semput juga aku tolong bagi ternakan-ternakan ini makan. maklum la, dah lama sangat tak buat kerja kampung. Sempat juga rakam karenah ternakan ni.

Kebiasaannya hanya main permainan ‘Farm Frenzy’ pada konputer je. Memang sonok habis. Tapi bila dah depan mata ni, kat dunia realiti ni, boleh tahan la penatnya juga. Angsa kat atas ni suka sangat ikut orang. Mana orang pergi, situ la dia ikut. Lagi-lagi masa bagi makan. huhuhu. Semuanya menyerbu, bunyinya tak payah cakap la. Memang bising habis. Angsa yang kat bawah ni pula memang tahap melampau la juga, siap nak panjat atas orang. Habis satu badan disudunya, sakit tu tidak la. Geli dibuatnya, apa tidaknya. Bawah ketiak pun dia sudu. Ma aku cakap, angsa yang ni Bak aku selalu gosok-gosok kat lehernya yang panjang tu. Selalunya angsa ni suka kejar orang, tapi angsa Bak aku pelihara ni siap boleh gosok-gosok kepalanya. tak perlu risau kena patuk.

Si Angsa yang manja

Ayam Api api

Burung Puyuh

Burung Merpati

Arnab

Bila balik kampung akan datang, mungkin makin bertambah tambah ternakan-ternakan ni. Tunggu si arnab tu ada anak, boleh juga pelihara untuk main – main. hehehe…..

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Fotografi, Haiwan/Serangga. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s