Aplikasi : Azan Times Version 3.1

Satu lagi aplikasi yang membantu memberi kemudahan kepada umat Islam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Tidak kira dimana berada biar pun dalam pengembaraan yang jauh dari kemudahaan asas yang lain. Aplikasi ini tidak memerlukan sebarang talian perhubungan, sekadar peranti yang menampung pemasangannya. Ia cukup menarik dan merangkumi keseluruhan apa yang anda perlukan.

Perkara yang paling menarik adalah peranti anda mampu melaungkan Azan setelah masuk waktunya sekiranya aplikasi ini dipasang dan beroperasi pada ‘mode’ terbuka atau pun dibelakang takbir. Malah laungan Azan boleh ditetapkan secara penuh atau pun separuh, dan juga getaran ‘Beep’ sahaja.

Tekan ‘Start’ untuk mulakan operasi aplikasi

Paparan menampung skren ‘portret’ dan juga ‘landskap’

Pilihan ‘setting adalah untuk menetapkan perkara seperti beriku:

Kesemua perkara asas telah di sediakan pada pilihan ‘setting’. kelatangan suara azan, pemilihan alunan azan antara Mekah atau Egypt. Malah perkara lain lagi seperti waktu solat untuk hari esok ataupun hari mendatang.

Pilihan ‘Qiblah’ membantu anda untuk menentukan arah Kiblat pada kedudukan semasa sekiranya anda berada di kedudukan yang tidak pasti.

Pilihan ‘Hijri’ membantu kenal pasti kelendar islam bersamaan kalendar barat pada hari tersebut. Kalendar islam yang biasanya kurang mendapat perhatian dan jarang digunakan seharian.

Maklumat mengenai Azan Times Ver. 3.1

Aplikasi ini tidak terdapat dalam Ovi Store. Untuk mendapatkannya, anda boleh ke website yang dinyatakan pada gambar di atas. Pemasangan aplikasi pihak ketiga adalah diluar pada jaminan jenama peranti. Walaubagaimana pun, untuk mendapatkan kemudahan maksima melalui peranti anda. Perlulah ada keberanian dan setakat ini tiada lagi sebarang masalah setelah aku memasangnya pada Nokia N97 aku ini.

Perhatian yang penting di sini ingin aku tegaskan. biarpun aplikasi ini cukup lengkap, namun ketepatannya tidaklah 100%. Aku telah bandingkan dengan waktu solat di astro Oasis. Tanpa tetapan ‘minute adjusment’ pada aplikasi, terdapat beberapa waktu yang berbeza sekitar tidak kurang dari 8 minit cepat atau lambat. Setelah menjalankan tetapan pada ‘minute adjusment’ terdapat juga waktu yang berbeza namun nisbahnya tidak lebih dari 1 minit. Sebagai panduan ianya memandai.

Walaubagaimanapun. Selamat mencuba.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s