Aplikasi : Joikuspot – Perkongsian Internet Mudah Alih

Telah sekian lama kemudahan peranti tanpa wayar, ‘wifi’, ‘wayerless’, apalagi perkataan yang membawa maksud yang seangkatan dengannya? Disebabkan kemudahan inilah, kebanyakan peranti kini disediakan sistem sambungan tanpa wayar untuk lebih mudah berhubung dengan internet ataupun dengan peranti lain yang menyokong khidmat ini. Sebagai contoh alatan yang senang dilihat adalah ‘remote control’ tv anda.

Boleh dikatakan setiap rumah kini terdapat ‘router’ menyokong sistem tanpa wayar untuk ahli keluarga menikmati internet secara perkongsian dan tidak perlu wayar LAN yang berjela-jela. Tapi apakah ia mampu dibawa kemana sahaja walaupun dalam kereta yang bergerak laju di jalan raya? Tidak.

Walaubagaimana pun ia diatasi setelah keluarnya ‘Hunddle’ YES yang mampu beroperasi seramai 5 pengguna secara serentak. Sehingga hari ini, liputan rangkaian YES hanya di bahagian Utara-Selatan tanah Malaysia sahaja. Bagaimana pula dengan pengguna di tanah Timur Malaysia?

Tidak perlu gusar. Kepada pengguna-pengguna Nokia ‘smartphone’, semestinya anda kenal dengan ikon di atas. JoikuSpot. Pernahkah anda menggunakannya? Jika tidak, teruskanlah pembacaan anda. (aku pun baru berjinak-jinak, hehehee….)

JoikuSpot telah sekian lama memberi khidmat kepada pemilik ‘smartphone’ Nokia untuk menikmati internet secara perkongsian menerusi sistem tanpa wayar kepada peranti lain. Asalkan ‘smartphone’ anda mempunyai rangkaian internet tanpa had (jika tidak, melambung bil bulanan anda). Walau dimana anda berada, di rumah, dalam kereta, warung mamak tepi jalan yang tiada ‘wifi’, anda mampu untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga selagi rangkaian yang anda daftar mempunyai liputan.

Mari lihat ‘sceen shoot’ yang aku sediakan.

Joikuspot yang aku gunakan ini adalah versi percuma dari ‘Ovi Store’. Versi percuma ini tidak membenarkan pengguna menukar tetapan seperti tetapkan nombor pin keselamatan, ‘network name’ dan beberapa asas yang lain.

1. Untuk memulakan Joikuspot ini, hanya perlu tekan butang ‘start’ pada skreen. kemudian senarai pilihan rangkaian akan dipaparkan. Pilih Celcom Internet 3g jika anda mengunakan pembekal khimat Celcom dan kawasan anda menampung liputan 3g.

2. Sekarang ini, Joikuspot anda sedang menjalankan khimatnya setelah ikon ‘start’ bertukar ‘stop’ dan ikon menara berubah kepada warna hijau. Kenapa? tidak percaya? Cuba tekan ikon seperti ‘laptop’ atas ikon ‘stop’.

3. Nampak tak nombor dua tu dah akses bukan. hehehe… anda boleh kenal pasti siapa yang menggunakan rangkain anda dan jika terdapat pengguna yang tidak dikenali, anda boleh mengeluarkannya dari senarai.

4. Ini pula papan pemuka untuk anda lihat masa, upload dan download data Joikuspot setiap kali anda menggunakannya.

5. Paparan tetapan sambungan pada peranti Ipad yang menerima signal internet tanpa wayar dari Joikuspot. Cukup senang dan cepat menerima isyarat, selagi berada pada jarak capaiaan (jarak capaian tidak pasti).

Apa pendapat anda tentang aplikasi ini. Peranti semua dalam satu cukup berguna dengan aplikasi-aplikasi yang juga berguna dan bermanafaat. Jika terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan info, dipersilakan perjelaskan dan akan dikemas kini serta merta.

Sekian kali ini.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

2 Responses to Aplikasi : Joikuspot – Perkongsian Internet Mudah Alih

  1. ewdaf berkata:

    kalau sim tk da credit blh kah ?

  2. Petiirrzzz berkata:

    Ewdaf. Jika sim anda tiada kredit, sememangnya tak dapat nak online dan bagaimana untuk berkongsi rangkaian internet dengan peranti lain. Kecuali anda telah melanggan broadband dari Celcom, maxis dan lain-lain provider internet. Dengan itu, tidak lagi menggunakan kredit untuk online. Elakkan online menggunakan kredit kerana kos yang amat tinggi.

    “Lebih baik gunakan Joikuspot Premium untuk berkongsi dengan lebih banyak peranti”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s