Aplikasi : Peta Ovi v3.06

Aplikasi yang tidak asing lagi dalam dunia mobiliti pada masa sekarang, Peta ovi. Ia adalah perisian yang sedia terpasang pada peranti siri Nokia yang terkini. Malah, Peta Ovi telah berwajah baru pada versi 3.06. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu kemaskini di aplikasi ‘Kemaskini Perisian’ yang sediada terpasang pada telefon mudah alih Nokia anda. Dengan tema Navigasi Percuma, ia amat menarik dan berbeza dengan versi sebelumnya. Namun dengan cara ini ia akan dipasang pada simpanan telefon anda yang mana mengurangkan ruang simpanan telefon.

Mengenai peta bagi versi terbaru ini yang difahamkan ia dikeluarkan untuk OS Symbian Anna, namun ia belum diumumkan bila OS terbaru ini bakal menerjah pasaran mobiliti.

Setelah selesai proses muat turun aplikasi ‘peta ovi’, pengguna juga seharusnya muat turun data peta. Contohnya peta malaysia, dan ia boleh dilakukan melalui 2 kaedah. Pertama melalui komputer dan keduanya terus muat turun dari peranti Nokia anda itu sendiri. Tapi jangan lupa muat turun suara pandu arahnya juga. Apa pun cukup menyenangkan terus muat turun dari peranti asalkan mempunyai rangkaian internet yang stabil. Data akan di simpan pada simpanan massa, tidak perlu risau kekurangan simpanan telefon.

Antara muka yang agak menarik berlatarkan peta dunia berwarna ‘gray’ dan beberapa icon yang berbeza dari versi sebelum ini. Terutamanya icon peta dan ‘check in’. Namun ‘taskbar’ pada tepinya tetap sama seperti versi sebelum ini cuma isi dalamnya terdapat peningkatan maklumat.

Tentunya sekalian memahami nota diatas. Ini adalah perkembangan terbaru dari versi ini, yang mana memperkembangkan lagi data dalam peta ovi untuk dikongsi di seluruh dunia.

Ini yang akan anda lihat setelah memasuki ruangan Peta, tiada lagi petak-petak bar berwarna hijau bagi menunjukkan isyarat penerimaan GPS. Titik merah atasnya akan berkelip-kelip bagi mencari kedudukan semasa dan akan berhenti bilamana penentududukan telah dikunci.

Pop up untuk tetapan tatarajah peta tampak kemas dan ditambah ‘Baris Transit’ yang mana fungsi baru yang tiada pada versi sebelum ini.

Ruangan Cari, dengan fungsi sejarah carian dibawahnya. Bagi memudahkan pencarian pengguna dan tidak perlu menaip untuk carian kali kedua.

Hasil carian dipapar terus dimana akan menolak sejarah carian ke belakang.

Kategori tetap disediakan seperti sebelumnya dengan icon yang berwarna warni. Cukup menarik pandangan mata. Malah maklumat lebih banyak walaupun anda berada di luar talian.

Ruangan ‘Check In’ ini berfungsi untuk anda kemas kini status pada rangkaian sosial anda, seperti facebook atau pun lain-lain rangkaian yang anda miliki. Hanya perlu kemas kini kedudukan semasa, pilih antara tersenarai yang dipaparkan (jika kedudukan anda disenaraikan). Jika kedudukan anda tiada dalam senarai kemas kini, anda mampu untuk menambahnya dengan klik icon tambah, sebaris dengan icon kemas kini tempat.

Anda dapat kepilkan gambar semasa, samada dari galeri simpanan atau terus dari kamera telefon anda. Juga catit apa yang anda fikirkan pada ruangan tersedia malah mampu sediakan beberapa akaun rangkaian sosial dan di kemaskini secara serentak. Amat memjimatkan masa bagi yang mempunyai banyak rangkaian sosial.

Antara senarai-senarai rangkaian sosial telah disediakan, apa yang perlu adalah pilih rangkaian yang anda miliki.

Setelah ‘post’ anda berjaya, ia akan dipaparkan seperti diatas. Memaparkan berapa kali telah anda masuk dan berapa banyak telah anda ‘post’ kan. Semuanya akan direkodkan.

Untuk navigasi pemanduan dan perjalanan, anda boleh ke ruangan Pandu dan ruangan Jalan. Antara beberapa kaedah untuk anda memulakan perjalanan. Antara muka untuk kedua-dua icon ini hampir sama. Pengguna hanya perlu menetapkan terus pandu ke Rumah atau menetap ke destinasi lain. Untuk pandu ke rumah, pengguna perlulah menetapkan koordinat rumah anda pada tetapan peta.

Tetapkan Destinasi, pengguna mempunyai pilihan yang tersedia. Pop up adalah sama seperti sebelum ini.

Seandainya anda muat turun beberapa peta negara lain pada peranti anda, ia akan di senaraikan dalam icon Kemas Kini atau pun anda mahu semak status peta anda dan mahu tambah peta negara lain. Mampu dimuat turun serta merta asalkan mempunyai rangkaian internet yang stabil. tidak perlu lagi pc suite pada komputer.

Ruangan ini sememangnya mermerlukan rangkaiaan internet. Pada versi sebelumnya juga terdapat ruangan ‘Dalam Talian’ ini. Tandakan saja mana-mana kotak yang anda inginkan dan akan di bawa ke menu utama peta bagi memudahkan anda mengunakannya.

Bagaimana? Anda berminat untuk menggunakan versi peta terbaru ini. Anda boleh mencubanya sendiri bagi mengalami pengalamannya. Apa yang penting andalah semuanya percuma dari muat turun hinggalah kepada kepenggunaannya.

Untuk memastikan sejauh mana benarnya ‘Percuma’, jumpa lagi di ‘posting’ akan datang. Sekira terdapat salah infomasi harap kalian memperbetulkannya. Sama-sama kongsi pendapat untuk manafaat seluruhnya.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s