Aplikasi : Pengurus Perbelanjaan Anda ‘MyAccountant’

Salam Sejahtera semua pembaca, bersua lagi diantri kedua ini. Kali ini aku ingin memperkenalkan Pengurus Perbelanjaan Anda. MyAccountant. Aplikasi ini amat sesuai untuk anda kenal pasti perbelanjaan keluar masuk setiap kali dapat gaji diawal bulan. Malah kewangan sampingan anda masuk pada bila-bila masa juga dapat direkod dengan segera.

Pasangkan pada peranti symbian 1 anda (mungkin juga sesuai untuk symbian lain, itu tidak pasti) dan akses dimana sahaja pada bila-bila masa anda suka. Pengurusan segera tanpa perlu menunggu sampai ke pejabat atau ke rumah untuk uruskannya.

Disini beberapa keping gambar untuk tatapan:

Dapatkan aplikasi ini digedung ovi anda secara percuma (buat masa ini) dalam kategori perniagaan. Pastikan anda mengunakan sambungan internet yang stabil kerana failnya bersaiz agak besar.

Masukkan jumlah pendapatan anda pada mana-mana kategori yang bersesuaian. Ia akan tertera pada ‘balance’ disebelah kiri atas. Kategori telah disediakan dan tidak dapat ditambah, mungkin ini sedikit kekurangan. Namun pada saya, kategori sudah mencukupi dan tidak perlu ditambah lagi. Apa yang perlu anda masukkan adalah jumlah, penerangan dan tarikh.

Seperti juga pada menu Pendapatan, menu Perbelanjaan juga telah tersedia dan tidak boleh ditambah kategorinya. Data yang dimasukkan juga sama. Setelah dimasukkan perbelanjaan, baki akan tertera. Itulah kewangan yang tinggal. Sekiranya pendapatan anda masuk, ia juga terus dikemaskini pada ‘balance’.

Pada menu ‘queries’, anda dapat lihat perbelanjaan yang telah anda belanjakan mengikut kategori atau semua kategori. Apa yang perlu, anda hanya tanda mana kategori yang anda mahu. Malah anda dapat pilih masa perbelanjaan, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas atau pun kesemuanya sekali. Ia akan tertera mengikut kategori dan satu kategori mewakili satu warna. Warna-warna ini lebih menarik dapat dilihat dengan carta pie.

Pada menu ‘tools’ beberapa pengurusan yang penting. ‘Reset’ untuk kosongkan semua data dan ‘delete’ untuk padam tindakan yang terakhir. Malah ‘import export juga’. ‘Export’ amat penting untuk anda ‘backup’ data anda ke dalam memori simpanan atau pada komputer peribadi anda.

Tunggu apa lagi. Dapatkan segera MyAccauntant anda. Jika terdapat apa-apa kekurangan pada entri ini yang tidak aku jelaskan, sudilah kiranya berkongsi disini. Begitu juga dengan aku, jika terdapat perkembangan terbaru akan dikemas kini disini. Selamat menguruskan Perbelanjaan anda.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s