Sekalung Penghargaan Terima Kasih

Dengan hati yang terbuka, sukacita mengucapkan “RIBUAN TERIMA KASIH” kepada pengunjung yang dikenali mahupun tidak dikenali kerana sudi bertamu di laman aku yang tidak seberapa ini. Biar pun secara rela ataupun tidak sengaja. Kedatangan anda amat disanjungi.

…disamping itu…

Jangan lupa klik ‘LIKE’ ye..

Aside | Posted on by | 1 Komen

MTB Foto : Speed Gear Force #001

This gallery contains 1 photo.

Lokasi : Taman Rekreasi Kuala Ibai ( Masjid Terapung ) Waktu : 13.03.2015 (pagi) Kamera : Nokia E7 Aplikasi Pemproses : PS Touch

Gallery | Tinggalkan komen

Portret : Yang Terindah #002

This gallery contains 1 photo.

Lokasi : Taman Rekreasi Kuala Ibai (Masjid Terapung) Waktu : 27.03.2015 (Pagi) Kamera : Sony Alpha33 Aplikasi Pemproses : PSTouch Portret : Yang Terindah Via WordPress MyNote 10.1

Gallery | Tinggalkan komen

MTB Speed Gear Force

Akhirnya…

Tercapai juga azam peringkat pertama untuk tahun 2015 ni. Sabtu lepas, bukan main semangat lagi aku 2 beranak pergi Kayoh Bike kat Gong Badak nunn…. Sebelum ni, dan 2 kali pergi… dek takde rezeki, kedai basikal tu dah tutup pulak. Itu yang berazam sangat-Sangat kali ni, harap-harap tak tutup di hari Sabtu.

Lagi pun, kedai lain kebanyakan dah pergi. Belum ada yang bersesuaian dengan poket. Kalau kali ni pun masih belum jumpa yang sesuai, memang kena pendam ajelah impian ni. Mujurlah…

image

Sesampai je, jenuh juga dok pusing-pusing pilih yang mana padan dengan poket dan selera mata. Lama dok timbal balik, amik yang ni je….sebab ini paling murah dan berkenan di hati. Cumanya, bab handle jenis ni aku kurang suka. Ada 1 jenis tu, dengan harga yang sama dan handle yang digemari… tapi warna bodynya terlalu menyerlah. Warna Oren sepenuhya… janggal pulak rasanya walaupun aku ni memang suka warna oren.

kira puas hati jugalah. Hari-hari jugak dok mengayuh tiap kali balik dari kerja. Tengah bersemangat katakan. Taktau la bila jejak 3 bulan nanti akan jadi besi buruk, dok berhabuk pulak nanti.

image

Setakat hari nih, ada peningkatan. Itu sebab, esok cadanganya nak pergi pusing-pusing sesambil makan pagi. Harapnya tak ada aral lain, lagi pun… peta dah Setting awal-awal. Turun dan terus jalan.

Via WordPress MyNote 10.1

Posted in Berbasikal | Tinggalkan komen

Cuba Untuk Kembali

Setelah 467 hari berlalu.
Hari ini, cuba untuk kembali menyerikan laman yang sepi dan kian menyepi. Walaupun ‘nawaitunya’ sentiasa bergetar untuk kembali seperti sebelumnya, ia terbuku dan tidak terlepas dari genggaman kemalasan, kebuntuan idea, malah sentiasa dicekik waktu yang deras berlalu dengan tugas hakiki.

Cuba untuk kembali dengan sesuatu kehidupan dengan aktiviti yang baru. Mula untuk berjinak, dan masih diperingkat awal yang belum sahih kesudahan dan perjalanannya.

image

Via WordPress MyNote 10.1

Posted in Am | Tinggalkan komen

Salam Raya 2013

Beberapa hari saja lagi, bakal berakhir Ramadhan dan menjelmanya Syawal bagi meraikan seluruh umat Islam terutama yang berjaya menahan diri dari segala sifat keji dan murka yang tidak pernah terlepas dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

image

Disamping itu, turut mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DITAHUN 2013” ini buat seluruh Umat Islam dan pengunjung laman ini.

Tahun ni beraya kat GM pulak, dekat je. Jadi tidak la risau sangat pasal balik beraya terutama kesesakan lalu lintas. Balik beraya pun, sehari sebelum raya je. Hari Rabu tu, Pn Noha masih kerja separuh hari. jadi, petang Rabu aje lah berangkat balik.

Via WordPress MyNote 10.1

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Nurhayani Zahirah : Kerap Demam Kebelakangan Ni

This gallery contains 1 photo.

Anak demam. Siapa yang tak risau bila anak kecil kita kerap demam walau dah ke klinik. Untuk bulan ni sahaja, dah 3 kali badan Hayani panas-panas malah batuk dan selsemanya tu tak hilang-hilang sejak seminggu belum puasa lagi. Harapnya tak … Teruskan membaca

Gallery | Tinggalkan komen

Ramadhan 2013 : Hidangan Ditelan Zaman

This gallery contains 1 photo.

Pada korang, hidangan apa yang dulu masa kecik-kecik dibulan puasa menjadi kegemaran. Tapi sekarang ni, bila dicari seluruh pelusuk Pasar Ramadhan sekali pun, tetap juga tak jumpa-jumpa. Teringin sangat nak merasa kembalikan. Tapi, kali ni aku bukan nak ceritakan pasal … Teruskan membaca

Gallery | Tagged , , | Tinggalkan komen

Ramadhan 2013

Salam Ramadhan di Tahun 2013 & Selamat Berpuasa serta Menjalankan Ibadah yang Sempurna

DSC00783_fhdr

Pejam celik, kejap je rasanya dah masuk bulan puasa pun. Perasaan ni rasa baru je lepas bulan puasa dan raya untuk tahun 2012 punya. Cepat je masa berlalu, cuma dalam sedar tak sedar je ia terus berlalu. Ini pun dah seminggu lebih kita puasa, pejam celik je ni, dah nak raya pulak.

Namun dikesempatan ni, aku tuan milik laman Petiirrzzz mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menjalankan Ibadat di bulan yang baik ini yang bermula 10 julai 2013 dengan lebih sempurna buat para Muslimin dan Muslimat yang sudi bertandang. Semoga puasa dan ibadah kita diredhai Allah S.W.T

Posted in Am | Tagged , | Tinggalkan komen

Galeria : Molome #003

Galeria molome yang diterbitkan bermula 31 Mei 2012 dan sampai ke saat ini adalah atas gabungan peranti dan aplikasi yang menarik minat aku buat masa ini, malah akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut keadaan semasa aku sebagai pemilik laman. Huhuu…

Geleria : Molome #001

Geleria : Molome #002

Sehingga kini, Galeria molome di laman ini telah mencapai peringkat ketiga dan terus mendaki ke peringkat seterusnya. Anda dinasihatkan untuk klik pada mana-mana foto bagi mendapatkan paparan yang lebih jelas :

Disaat ini, berakhirnya foto-foto pada tahun 2012 terdahulu yang kini baru berkesempatan menerbitkannya. Akan datang diteruskan dengan foto-foto pada tahun ini. Tahun 2013.

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Aktiviti Sekitar : Ekspo Chiku 03, Gua Musang

This gallery contains 10 photos.

Beberapa bulan lepas, sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, sempat juga balik ke kampung halaman. Kebetulan pula, ada aktiviti ekspo buat penduduk tempatan. Sempat juga pusing-pusing, tengok-tengok suasana yang dah agak sekian lama juga aku tak tempuhi. Yelahh… Seingatnya, kali … Teruskan membaca

Gallery | 1 Komen